Saturday, 8 October 2011

Sibuknya....

Salam Sejahtera...
Lama betul tak jenguk blog ini...setelah ramadhan berlalu, sibuk menjelang syawal dan seterusnya menghadiri rumah2 terbuka.
Hah, apa citer kita kali ni...

Yang terbaru, BAJET 2012, hangat diperkatakan. Nampaknya PM kita memertabatkan / memfokuskan semua lapisan masyarakat  terutama yang berpendapatan rendah. Pastinya apa yang diperkatakan dalam bajet 2012 akan dinantikan realitinya. Selaras dengan slogan 1Malaysia=Rakyat didahulukan Pencapaian diutamakan, rakyat Malaysia tentu sekali mahu melihat sejauh mana kerajaan mengotakan janji mereka. Walau apa pun, sama2 lah kita tunggu perlaksanaannya.

Wassalam.

Thursday, 8 September 2011

Syawal 1432H/2011

Salam Syawal untuk semua umat Islam.
Lama sungguh tak singgah blog, maklumlah sibuk menjelang hari raya. Hari ini dah masuk 10 Syawal. Walaupun mood raya masih terasa, semua dah mula bertugas. Terbaca akhbar hari ni, dalam bulan Ogos hingga kini jumlah kemalangan jalanraya meningkat. Dilaporkan 289 orang terkorban sepanjang musim perayaan. Dalam kita keriangan, ada yang kehilangan, maka berhati2 lah sentiasa. Hujung minggu sepanjang syawal, banyaklah rumah2 terbuka, marilah kita juga meraikan rakan2 kita dan jangan lupa untuk beribadah.

Sehingga berjumpa lagi...

Saturday, 20 August 2011

Fadhilat 10 malam terakhir di bulan Ramadhan

Salam Sejahtera,
Alhamdulillah, sudah 20 hari kita berpuasa dan tibalah 10 hari terakhir yang sentiasa dinantikan orang2 mukmin. 


Sedang kita mengejar persiapan menjelang Hari Raya, janganlah kita lupa tentang kelebihan 10 malam terakhir ini. Allah telah menganugerahkan kelebihan pada bulan Ramadhan untuk kita sama2 mempertingkatkan amalan serta mendapatkan ganjaran yang lumayan. 


Rasulullah SAW telah memberikan penjelasan bahwa malam yang penuh dengan kebaikan iaitu lailatul qadar lazimnya jatuh pada malam ganjil pada 10 hari terakhir bulan ramadhan. Walaubagaimanapun, hanya Allah s.w.t. jua yang maha mengetahui, pada malam yang manakah Lailatul Qadar ini akan diturunkan.




Marilah kita mengambil kesempatan ini untuk mempertingkatkan amalan, namun begitu, diharapkan kita teruskan ibadat ini bukan setakat mengejar pada bulan ramadhan sahaja. 



Sunday, 7 August 2011

7th day of Ramadhan

Salam Sejahtera,
It's already the 7th day of Ramadhan. For my younger children, the 1st day was dragging, 2nd day was tiring, the 3rd day was amusing, 4th day was enjoyable, 5th was tremendously exciting as it was end of school week...we overslept for sahur on Saturday & it was extremely testing patience...today, they felt alight as it reached 7th day. Another 22 days to go.
Patience is part of Iman, listening & understanding are part of patience. Ramadhan have us tested in many ways. Ramadhan is a very important part of every Muslim's life. It is a month of giving and mercy, and duing this month, Allah blesses the belivers with forgiveness and great reward. This is a time to stop and contemplate, to look inwards and out, it is a time to set our goals. We should ask ourselves what we want to achieve this month, something we will carry into  our futures.


Salam Ramadhan to all...

Sunday, 31 July 2011

Salam Ramadhan

Salam Sejahtera,
Esuk bermulalah semua umat Islam di seluruh dunia mengerjakan ibadah puasa. Semuga kita semua mendapat keberkatan dan menafaatkan bulan kemulian ini. Elakkan pembaziran, tingkatkan amalan.

Salam Ramadhan untuk semua umat Islam.

Friday, 29 July 2011

Hmm...Harimau hilang kuku nampakya

Salam Sejahtera,
Hujan lebat pagi Jumaat yang mulia seperti mengalunkan lagu sedih di atas kekalahan skuad Harimau Malaya....hehehehe...tak de maknanya!
Congrats to Khairul Fahmi @ Apek - gol keeper aksi yang cemerlang sangat mempertahankan serangan gol dari pihak lawan.

Maybe better luck next time!

Wajah penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat menceritakan kesudahan perjuangan Harimau Malaya apabila seri 1-1 (agregat 4-6) dengan Singapura pada kelayakan Piala Dunia 2014 di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.

Thursday, 28 July 2011

Go Tiger Go!



Salam Sejahtera!
PULUHAN ribu penyokong Harimau Malaya memenuhi Stadium Nasional Bukit Jalil untuk menyaksikan perlawanan kelayakan Piala Dunia 2014 antara Malaysia dan Singapura malam ini. Kami sekeluarga sedang "ketegangan" menyaksikan perlawanan bola sepak dari kaca TV via HD 831... Diharapkan pasukan Harimau Malaya beroleh kemenangan malam ni....Jom Tonton...!