Thursday 8 September 2011

Syawal 1432H/2011

Salam Syawal untuk semua umat Islam.
Lama sungguh tak singgah blog, maklumlah sibuk menjelang hari raya. Hari ini dah masuk 10 Syawal. Walaupun mood raya masih terasa, semua dah mula bertugas. Terbaca akhbar hari ni, dalam bulan Ogos hingga kini jumlah kemalangan jalanraya meningkat. Dilaporkan 289 orang terkorban sepanjang musim perayaan. Dalam kita keriangan, ada yang kehilangan, maka berhati2 lah sentiasa. Hujung minggu sepanjang syawal, banyaklah rumah2 terbuka, marilah kita juga meraikan rakan2 kita dan jangan lupa untuk beribadah.

Sehingga berjumpa lagi...