Sunday 31 July 2011

Salam Ramadhan

Salam Sejahtera,
Esuk bermulalah semua umat Islam di seluruh dunia mengerjakan ibadah puasa. Semuga kita semua mendapat keberkatan dan menafaatkan bulan kemulian ini. Elakkan pembaziran, tingkatkan amalan.

Salam Ramadhan untuk semua umat Islam.

Friday 29 July 2011

Hmm...Harimau hilang kuku nampakya

Salam Sejahtera,
Hujan lebat pagi Jumaat yang mulia seperti mengalunkan lagu sedih di atas kekalahan skuad Harimau Malaya....hehehehe...tak de maknanya!
Congrats to Khairul Fahmi @ Apek - gol keeper aksi yang cemerlang sangat mempertahankan serangan gol dari pihak lawan.

Maybe better luck next time!

Wajah penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat menceritakan kesudahan perjuangan Harimau Malaya apabila seri 1-1 (agregat 4-6) dengan Singapura pada kelayakan Piala Dunia 2014 di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.

Thursday 28 July 2011

Go Tiger Go!



Salam Sejahtera!
PULUHAN ribu penyokong Harimau Malaya memenuhi Stadium Nasional Bukit Jalil untuk menyaksikan perlawanan kelayakan Piala Dunia 2014 antara Malaysia dan Singapura malam ini. Kami sekeluarga sedang "ketegangan" menyaksikan perlawanan bola sepak dari kaca TV via HD 831... Diharapkan pasukan Harimau Malaya beroleh kemenangan malam ni....Jom Tonton...!



Sunday 24 July 2011

Ramadhan Al-Mubarak

Salam Sejahtera,
Ramadhan semakin menghampiri kita.
Secara peribadi, Ramadhan sentiasa merupakan bulan yang saya senangi kerana selalu terasa kegembiraan tersendiri yang tidak boleh diungkap dengan kata-kata.
Selalu juga kita dengar orang berkata, Ramadhan bulan yang mencurahkan rezeki. Saya percaya rezeki itu bukan sekadar kepada peniaga yang tumbuh macam cendawan lepas hujan, tapi untuk yang makan gaji, asalkan kita bekerja dengan ikhlas, ianya satu ibadah juga.

"Murah Rezeki" tak terhad kepada wang masuk ke poket tapi boleh jadi dalam bentuk makan pakai, dan dapat menyediakan keperluan untuk keluarga.

Saya doakan anda semua beroleh Ramadhan yang berkat pada tahun 1432H ini.

Monday 18 July 2011

SCUH @ PD

Salam Sejahtera,
Lama tak jenguk Blog ni, buzy sikit. Hujung minggu kelmarin, menghabiskan masa dengan keluarga SCUH di Tg Biru, PD. Seronok bila dapat berkumpul dan berhibur. Walaupun bukan semua ahli keluarga SCUH dapat berkumpul (tempat terhad 200 orang) namun tetap meriah. Semuga dapat berkumpul lagi pada lain kali dengan lebih ramai ahli SCUH.
Tahniah kepada penganjur.
Nota : Acara Khas Keluarga UH : Kena balut macam mumia.





Friday 8 July 2011

Apa dah jadi....

Salam sejahtera,
Makanya dah confirm yang perhimpunan Bersih akan diteruskan esuk (9/7/2011). Bermula dari petang ni, jalanraya dah sesak, Dataran Merdeka dah kelihatan FRU standby? Dan dimaklumkan jalan-jalan utama ke bandar akan ditutup mulai tengah malam ni.

Tagline mereka : 
SAVE MALAYSIA RESTORE OUR RIGHTS


Undian yang dilakukan oleh The Star Online menunjukkan bahawa lebih sejuta rakyat bersetuju perhimpunan BERSIH 2.0 yang menuntut pilihanraya yang bersih dan adil dilaksanakan terus diadakan.


Bancian ini bermakna sebahagian dari rakyat Malaysia menginginkan perubahan terhadap cara pilihanraya Malaysia dijalankan. Mereka mahukan pilihanraya yang bersih, adil dan telus, tiada hidden agenda. Diharapkan agar situasi perhimpunan esuk dilakukan secara rasional dan tiada kejadian yang tidak diingini berlaku.

Sementara tu, kita elakkan dari memasukki kawasan-kawasan yang terbabit. 

Adios for now.... 
p.s. tak sabar nak tengok aturcara esuk...




Monday 4 July 2011

Cuba Citer....

Salam Sejahtera,
Ada yang bertanya, apa yang special tentang jamu ini in general?
Well, terpulanglah kepada pengguna sebenarnya. Di zaman kini, penggunaan pemakanan traditional dah kurang. Seperti makan ulam, yang banyak khasiat kepada kita, jamu pun macam tu juga. Kita boleh menghabiskan wang ringgit untuk vitamin2 dan pemakanan kesihatan yang moden jadi apalah salahnya kalau cuba yang tradisi pula.

Saya makan jamu mak saya sendiri ni, sejak muda lagi (bukan lah sekarang ni tak muda, tapi tua sikit lah)....tak de pun yang memudaratkan pun. Cuma tak dikomersial kan seperti Jamu2 yang dah lama dipasaran. Cadangan untuk dikomersial kan tu ada, kena lah buat persediaan terperinci...insyallah. 
Yang pasti, kita nak kembangkan pemakanan jamu ini untuk Kekal sihat dan bertenaga serta Awet muda.

Jengok2lah ye...


Saturday 2 July 2011

Larian Satu Malaysia!

Salam Sejahtera,


Hari ini, anak2 kita berlari untuk Larian 1 Malaysia.... Wah... Satu Malaysia dengan penyertaan kira-kira 4.1 juta pelajar dari 9,980 sekolah, untuk mencipta rekod Malaysia Book of Records (MBR) di bawah kategori larian pelajar sekolah serentak terbesar. Ramai tu....

Anak2 kami pun turut serta juga, balik rumah, hmmm...pengsan...bukan apa, seronok lebih!


Diharapkan anak2 ini bakal menjadi insan-insan yang berhemah dan sentiasa menghormati antara satu sama lain di masa hadapan. Insyallah...


Selamat berhujung minggu.


.