About Jamu Warisan

Sejarah Jamu sering berkait dengan sebutan untuk ubat tradisional yang dipelopori dari Indonesia, yang mana juga dikenali dengan sebutan herba tradisional. Jamu dikatakan sebagai aset Indonesia selain sebagai pelestarian kebudayaan juga sebagai alternatif jika tidak ada ubat moden yang digunakan. Lazimnya jamu diperbuat dari campuran tumbuh-tumbuhan dan rempah ratus.

Penggunaan tumbuhan di dalam sistem perubatan tradisi menunjukkan hubungan yang rapat antara manusia dan sekitarannya. Bagi masyarakat yang berhampiran hutan menggunakan tumbuhan hutan sebagai ubatan seperti daun mengkudu, daun geruda, daun ati-ati, pokok putat daun jambu dan sebagainya.Manalaka bagi masyarakat pantai mereka menggunakan tumbuhan pantai sebagai ubatan.

Rempah ratus  pula berasal daripada campuran beberapa jenis herba seperti akar kayu, daun-daun terpilih dan biji-bijian. Rempah ini mujarab untuk mengembalikan semula tenaga  dan melancarkan peredaran darah dalam tubuh badan. Bahan-bahannya seperti  akar telunjuk langit , akar  Siti Fatimah , tongkat Ali , akar tutup bumi , bunga pakma dan akar seringan. Daun-dan akar kayu ini dicari dan digali jauh ke dalam hutan. Setelah itu dijemur sehingga kering dan sedia untuk dijadikan ubat-ubatan. Ada yang menggunakannya dengan merebus lalu diminum , dijadikan serbuk atau dimasukkan dalam kapsul.

Salasilah Jamu Warisan Abadi
Jamu ini pada asalnya diperolehi dari seorang sahabat baik arwah bapa saya. Beliau membuat jamu ini sebagai ubat buasir dan pemakanan kesihatan diri sendiri. Arwah bapa saya mengalami buasir yang teruk dan telah diberikan jamu ini setelah perubatan moden mengambil masa yang lama dan tiada perubahan sehingga buasir itu disarankan untuk dipotong. Maka, beliau telah mengamalkan jamu ini dan akhirnya buasir beliau pulih. Sejak dari itu, beliau meminta izin kepada sahabatnya untuk mempelajari pembuatan jamu tersebut. Jamu ini diperluaskan kegunaannya untuk wanita selepas bersalin, memperbaiki perjalanan darah, melancarkan sistem penghadaman yang mana sesuai untuk lelaki dan wanita. Sepeninggalan bapa saya, jamu ini telah diambil alih oleh ibu saya (MakTeh) dan seterusnya kepada saya yang mana telah diberi nama JAMU WARISAN ABADI.

Ramuan jamu ini terdiri dari tujuh jenis bahan yang terdiri dari rempah ratus serta daun herba. Proses pembuatan mengambil masa lebih kurang dua minggu sebelum bahan-bahan ini dicampur dan dimesin.


Pemakanan jamu adalah salah satu dari perubatan tradisional warisan turun-temurun yang kian kurang orang mengamalkannya. Perubatan ini tidak menunjukkan kesan tindakan secepat perubatan moden tetapi mengamalkannya adalah untuk kesejahteraan jangka masa panjang. Perubatan  ini terbukti keberkesanannya kerana generasi lama walaupun sudah tua dan mereka kebanyakannya mempunyai anak yang ramai tetapi mereka kelihatan masih gagah dan cergas  berbanding generasi kini mempunyai seorang atau dua orang anak telah mengalami sakit pinggang, buah dada mengeleber , nampak tidak bermaya dan sebagainya. Ini disebabkan mereka yang terdahulu mengamalkan petua dan mengamalkan perubatan tradisional. Ini kerana sistem perubatan pada masa dahulu adalah berkurangan dengan itu mereka terpaksa menggunakan bahan semulajadi sebagai ubatan. Tetapi ternyata ianya memberi kesan yang memberangsangkan.
         

Walau apa pun cara perubatan semua itu dengan izin Allah S.W.T. Segala apa yang kita lakukan semuanya hendaklah yakin pada kuasa Allah kerana apa yang ada di mukabumi ini adalah dengan kehendakNya.

Sekian, terima kasih.