Saturday 20 August 2011

Fadhilat 10 malam terakhir di bulan Ramadhan

Salam Sejahtera,
Alhamdulillah, sudah 20 hari kita berpuasa dan tibalah 10 hari terakhir yang sentiasa dinantikan orang2 mukmin. 


Sedang kita mengejar persiapan menjelang Hari Raya, janganlah kita lupa tentang kelebihan 10 malam terakhir ini. Allah telah menganugerahkan kelebihan pada bulan Ramadhan untuk kita sama2 mempertingkatkan amalan serta mendapatkan ganjaran yang lumayan. 


Rasulullah SAW telah memberikan penjelasan bahwa malam yang penuh dengan kebaikan iaitu lailatul qadar lazimnya jatuh pada malam ganjil pada 10 hari terakhir bulan ramadhan. Walaubagaimanapun, hanya Allah s.w.t. jua yang maha mengetahui, pada malam yang manakah Lailatul Qadar ini akan diturunkan.




Marilah kita mengambil kesempatan ini untuk mempertingkatkan amalan, namun begitu, diharapkan kita teruskan ibadat ini bukan setakat mengejar pada bulan ramadhan sahaja. 



No comments:

Post a Comment