Sunday 24 July 2011

Ramadhan Al-Mubarak

Salam Sejahtera,
Ramadhan semakin menghampiri kita.
Secara peribadi, Ramadhan sentiasa merupakan bulan yang saya senangi kerana selalu terasa kegembiraan tersendiri yang tidak boleh diungkap dengan kata-kata.
Selalu juga kita dengar orang berkata, Ramadhan bulan yang mencurahkan rezeki. Saya percaya rezeki itu bukan sekadar kepada peniaga yang tumbuh macam cendawan lepas hujan, tapi untuk yang makan gaji, asalkan kita bekerja dengan ikhlas, ianya satu ibadah juga.

"Murah Rezeki" tak terhad kepada wang masuk ke poket tapi boleh jadi dalam bentuk makan pakai, dan dapat menyediakan keperluan untuk keluarga.

Saya doakan anda semua beroleh Ramadhan yang berkat pada tahun 1432H ini.

No comments:

Post a Comment